Monday 30 July 2012

Harapan Baru

Bismillah....

Assalamu'alaikum..

    Hari ini merupakan hari keluarnya keputusan akhir semester lepas iaitu semester 2 sidang 2011/2012. Agak jelas gementar aku menantinya. pada jam 9.30 pagi, aku cuba "log in" ke dalam portal campusonline.com untuk menyemak keputusan. Alhamdulillah, keputusan yang aku dapat itu aku terima dengan rasa terbuka dan senang kerana sejajar dengan usaha aku yang tak seberapa. Ini membuktikan yang aku mampu untuk teruskan pengajian dalam kursus pengurusan sebenarnya. Cuma aku perlukan usaha dan fokus yang lebih supaya aku dapat bergraduasi dengan pangkat satu. Aku tak terlalu mengejar keputusan yang cemerlang. Cukuplah sekadar aku dapat mempraktiskan ilmu yang aku terima sepanjang aku belajar di USM.



   Bersempena aku memasuki tahun dua dalam pengajian ini, aku akan teruskan dengan lebih bersungguh-sungguh. Aku mahu ibu dan ayah aku bangga denga anak sulung mereka. Aku juga mahu jadi contoh terbaik untuk 4 orang adik aku. Walaupun aku ini sememangnya bukan abang yang terbaik untuk mereka, tapi aku nak berubah kepada yang lebih baik. (^_^)

   Sidang baru jadi semangat baru dan azam juga baru. Semua serba baru. Aku nak jadi pelajar yang dapat susun masa dengan lebih efektif demi masa depan yang cemerlang. Tak sukar nak berubah tapi perlukan momentum yang sesuai. Kalau terlalu perlahan momentum, perubahan mungkin tak jelas. Begitu sebaliknya. Aku perlukan momentum yang sesuai supaya perubahan yang bakal aku lakukan membawa aku kepada kejayaan yang nyata.



   Apa yang penting, aku nak berubah dari 3 segi. Segi yang utama ialah kawalan tahap nafsu aku. Nafsu tengok perempuan seksi..hehehe..nafsu makan lah yang paling utama. Bila perut kita terlalu kenyang, kita lebih tergerak hendak melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Perlunya kenyang yang secukup rasa sahaja agar diri kita mengawal nafsu, bukannya nafsu kawal kita. Jadi, di Bulan Ramadan yang penuh Barakah inilah aku sedang melatih semula nafsu aku.

   satu segi yang aku nak ubah ialah sikap aku yang kadang malas-malas dan suka kuat berdalih atau lebih tepat memanipulasikan fakta dan sesuatu perkara. Maknanya aku perlu lebih jujur dan lebih terbuka menerima teguran dan kritikan-kritikan pedas. Aku sebenarnya takut hendak menerima teguran. Itulah kelemahan terbesar aku selepas terlalu mengikut nafsu syahwat.huhu TT__TT




   Semoga sidang baru dan semester baru ini aku dapat uruskan subjek dengan lebih efektif dan sesuai. Pemilihan bilangan subjek dan apa subjek yang diambil itu sangat penting untuk memastikan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang. Aku dah dua kali silap susun subjek dengan betul dan sesuai. Tapi, kesilapan itu aku akan ingat selalu.
 


  Mungkin setakat ini sahaja warkah berlagu gembira ini. SEKIAN. hehe Wassalam Selamat berpuasa. (^__^)