Monday 30 July 2012

Harapan Baru

Bismillah....

Assalamu'alaikum..

    Hari ini merupakan hari keluarnya keputusan akhir semester lepas iaitu semester 2 sidang 2011/2012. Agak jelas gementar aku menantinya. pada jam 9.30 pagi, aku cuba "log in" ke dalam portal campusonline.com untuk menyemak keputusan. Alhamdulillah, keputusan yang aku dapat itu aku terima dengan rasa terbuka dan senang kerana sejajar dengan usaha aku yang tak seberapa. Ini membuktikan yang aku mampu untuk teruskan pengajian dalam kursus pengurusan sebenarnya. Cuma aku perlukan usaha dan fokus yang lebih supaya aku dapat bergraduasi dengan pangkat satu. Aku tak terlalu mengejar keputusan yang cemerlang. Cukuplah sekadar aku dapat mempraktiskan ilmu yang aku terima sepanjang aku belajar di USM.



   Bersempena aku memasuki tahun dua dalam pengajian ini, aku akan teruskan dengan lebih bersungguh-sungguh. Aku mahu ibu dan ayah aku bangga denga anak sulung mereka. Aku juga mahu jadi contoh terbaik untuk 4 orang adik aku. Walaupun aku ini sememangnya bukan abang yang terbaik untuk mereka, tapi aku nak berubah kepada yang lebih baik. (^_^)

   Sidang baru jadi semangat baru dan azam juga baru. Semua serba baru. Aku nak jadi pelajar yang dapat susun masa dengan lebih efektif demi masa depan yang cemerlang. Tak sukar nak berubah tapi perlukan momentum yang sesuai. Kalau terlalu perlahan momentum, perubahan mungkin tak jelas. Begitu sebaliknya. Aku perlukan momentum yang sesuai supaya perubahan yang bakal aku lakukan membawa aku kepada kejayaan yang nyata.



   Apa yang penting, aku nak berubah dari 3 segi. Segi yang utama ialah kawalan tahap nafsu aku. Nafsu tengok perempuan seksi..hehehe..nafsu makan lah yang paling utama. Bila perut kita terlalu kenyang, kita lebih tergerak hendak melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Perlunya kenyang yang secukup rasa sahaja agar diri kita mengawal nafsu, bukannya nafsu kawal kita. Jadi, di Bulan Ramadan yang penuh Barakah inilah aku sedang melatih semula nafsu aku.

   satu segi yang aku nak ubah ialah sikap aku yang kadang malas-malas dan suka kuat berdalih atau lebih tepat memanipulasikan fakta dan sesuatu perkara. Maknanya aku perlu lebih jujur dan lebih terbuka menerima teguran dan kritikan-kritikan pedas. Aku sebenarnya takut hendak menerima teguran. Itulah kelemahan terbesar aku selepas terlalu mengikut nafsu syahwat.huhu TT__TT




   Semoga sidang baru dan semester baru ini aku dapat uruskan subjek dengan lebih efektif dan sesuai. Pemilihan bilangan subjek dan apa subjek yang diambil itu sangat penting untuk memastikan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang. Aku dah dua kali silap susun subjek dengan betul dan sesuai. Tapi, kesilapan itu aku akan ingat selalu.
 


  Mungkin setakat ini sahaja warkah berlagu gembira ini. SEKIAN. hehe Wassalam Selamat berpuasa. (^__^)

Tuesday 24 July 2012

NRIC 2012 (^_^)

Bismillahirahmanirahim....

Ayat pemula kata, semoga mendapat barakah Yang Esa selalu.

Alhamdullillah!!!!Syukur sangat. Hari ini dah masuk hari kelima puasa di bulan Ramadhan. Di saat bulan rahmat lagi barakah ini hadir, diri aku masih lalai dengan urusan keduniaan. Namun, Allah masih sayangkan diri ini dengan memberikan petunjuk supaya kembali menoleh pada jalan yang lurus.

Banner NRIC 2012
Seminggu sebelum Ramadhan bertandang, diri ini terlalu sibuk dengan satu pertandingan inovasi dan teknologi baru atau Novel Research and Innovation Competition (NRIC2012) di IPT aku (USM) yang mana aku bertindak sebagai salah seorang sekretariat.

Memerhatikan banner yang dipasang

Semasa pertandingan ini belum berlangsung (tempoh gerak kerja) dan sepanjang pertandingan berlangsung, aku memperoleh banyak pengalaman, pengetahuan dan suasana luar kotak selesa aku. Pengalaman yang sangat membina dari segi personaliti, kemahiran insaniah dan kemahiran sosial aku semakin bertambah bagi seorang yang pemalu dan pendiam. Alhamdulillah!! Walaupun adakalanya aku tersalah bertindak atau terlepas pandang dalam beberapa hal, rakan-rakan sekretariat banyak membantu dan membimbing secara langsung dan tidak langsung.


Kaunter pertanyaan
Ramai kenalan baru yang aku dapat sepanjang bersama-sama dalam gerak kerja NRIC 2012. Ada yang sudah dikenali sebelum NRIC. Ada yang kenal tapi tidak pernah bertanyakan nama. Ada juga yang sememangnya pertama kali mengenali mereka. Sungguh aku berasakan amat bertuah dapat bersama-sama mereka mengendalikan pertandingan yang bertaraf antarabangsa ini.
Komuniti NRIC 2012


Di bawah ini merupakan sebahagian besar ahli keluarga CoRIC 2012 yang tersayang. Ada seorang ahli yang tiada kerana keperluan tugas beliau ketika itu sebagai Jabatan Logistik iaitu Kak Ati atau nama sebenar beliau, Fatihah.

Adik-beradik CoRIC 2012
Yang bawah ini pula ialah pasukan yang mengendalikan perasmiaan dan penutupan NRIC 2012. Mereka inilah yang bertungkus lumus menjayakan gimik dan protokol untuk majlis perasmian dan penutupan NRIC walaupun akhirnya berlaku masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Namun, semua kesilapan itu diletakkan bawah pengalaman dan pembelajaran kami.(^_^)

pasukan perasmiaan & penutupan NRIC 2012
Sebelum CoRIC berlangsung, mereka ini sememangnya bertungkus lumus memastikan segala persiapan pertandingan CoRIC berjalan dengan lancar. CoRIC merupakan salah satu kategori dalam NRIC 2012 yang hanya memerlukan keyakinan dan kesediaan peserta menghadapi juri setelah idea mereka dilontarkan. Kami keluarga CoRIC cuma mempunyai bilangan ahli yang sedikit iaitu seramai 13 orang; 5 lelaki dan selain itu perempuan.sekian..hehe

Berbincang mengenai CoRIC.

Di bawah ini ialah Ketua Jabatan saya, jabatan Protokol. Beliau merupakan pelajar tahun dua pengajian teknologi industri. Kak Effa nama panggilannya atau nama penuh beliau Fareha Razali.


Kak Effa-HOD Protokol


Sekretariat NRIC 2012 ibarat satu keluarga yang teramat besar dan mesra walaupun waktu sesi post-mortem ada berlaku sedikit ketegangan, tapi itu semua bertindak sebagai satu pengikat ukhuwwah yang indah terutamanya keluarga CoRIC 2012 (Community Research and Innovation Competition) (^_^).

(^_^)
Setiap yang berlaku sepanjang pertandingan ini banyak mendatangkan refleksi diri pada aku dan rakan-rakan yang lain. Kami yang kebanyakan pelajar tahun satu USM, masing-masing masih mencari identiti dan belajar untuk menguruskan acara dengan baik. Ribuan terima kasih kepada senior-senior dan rakan sebaya yang banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang kita berkenalan. Coretan ini cuma sebahagian dari isi hati. Kerana tidak semua dapat dicoretkan atas bentuk penulisan. Semuanya akan tersimpan kemas dalam ingatan.



Izzati Maisarah

Fatin Najwa
Kak Ain MC dan Nabihah